top of page



Kitaro
Berdasarkan pengalaman penulis, sewaktu menyertai pertandingan mendeklamasi sajak di peringkat sekolah mahupun daerah, kebanyakan pndeklamasi menggunakan muzik latar yang dimainkan oleh Kitaro atau nama sebenarnya Masanori Takahashi yang berasal dari Jepun. Ini kerana irama yang dialunkan bersesuaian dengan mod dan tema sajak yang ingin disampaikan oleh pendeklamasi. Tajuk irama yang sering digunakan oleh pendeklamasi sebagai muzik latar ialah Caravansary. Muzik latar ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bersajak, tetapi boleh juga digunakan untuk muhasabah diri, mendapatkan ketenangan dan lain-lain.

bottom of page