


Seloka PPUAB
Sempoi sahaja perwatakannya,
Biasalah guru kelas kami katakan.
Ya tuhan ! itu memang trademarknya,
Sir Arunasalam lah yang dimaksudkan.
Memberi salam setiap hari,
Ditambah dengan pelbagai aksi.
Itulah dia kapten kami,
Amir Hamizan empunya diri.
Orangnya pandai tidak terkata,
Nombor satu sentiasa miliknya,
Itulah contoh penolong yang berjaya,
Wong Chai Shin lah orangnya.
Datang the boss Fazilawani,
Mengutip hutang setiap bulan,
Itulah dia along kelas kami.
Datang membuat sebarang tuntutan.
Memegang jawatan AJK kecerian,
Konon stylo katanya,
Wahai saudara Dzafree Dzarefee khan,
Kenapa kelas tetap tak ceria ?
Kalau bergaya memang kegemarannya,
Dari pagi bawalah ke malam,
Saudara Azhani itulah dirinya,
Yang memang suka mengelilingi alam.
Dari sentosa datang ke SEMESCO,
Datang dengan bas metro,
Memakai baju pengakap kelano,
Amirah Rasyidah empunya namo.
Memabawa kupiah ke mana sahaja,
Tidak kira masa dan suasana,
Itulah dia ustaz kita,
Ustaz Asraf tercipta namanya.
Orangnya comel seperti belon,
Diberi nama Intan Nurshafira Balqis,
Ingat! Jangan bagi dia tension,
Nanti, makanan habis di kikis.
Makanan memang dia pantang,
Lemak sayur jua disapu,
Tuan presiden amanah dipegang,
Dilaksana Ishak Sairozi dengan bermutu.
Lengloi Soo Pin diberi nama,
Orangnya memang sungguh jelita,
Ditambah dengan sikap riangnya,
Tergambar keceriaan di wajahnya,
Kehidupannya penuh berliku-liku,
Harus dihadapi penuh kesabaran,
Dia memang tidak pernah jemu,
Itulah dia Muhd. Norshahfizan.
Pergi ke sekolah jarang sekali,
Kalau datang sekali seminggu,
Itulah dia si Nalini,
Juara ponteng kelas PPUAB tahun ini.
Lagaknya seperti hantu Kak Limah,
Renungannya pula memang tajam,
Sekali pandang terasalah lemah,
Inilah Pavitraa punya ragam.
Berkaca mata orangnya,
Baik pula budi pekerti,
Sumitera itu namanya,
Tetapi short temper jugak lah dia ni.
Tamatlah sudah PPUAB punya ceritara,
Coretan dari Nur Yazida,
Jika ada yang terasa,
Minta maap sampai hujung dunia.
Nukilan,
Nur Yazida (2011)
Seloka ini ditujukan khas buat rakan-rakan sekelas penulis semasa di Tingkatan 6. Pelbagai kenangan manis dan pahit dirasai bersama dalam tempoh 2 tahun. pelbagai ragam, pelbaga gaya, dan pelbagai cerita. Kini masing-masing dengan haluan sendiri. Moga coretan ini dapat megubat rindu di hati.

Seloka SGDM 3043 (A)
En. Hasnan nama diberi,
Pensyarah Web kumpulan kami,
Pelbagai tugasan yang diberi,
Maklumlah, nak bagi A+ subjek ni.
Beruniform biru, kemas bergaya,
Palapes UUM rupanya,
Kapten kelas kami jugak sebenarnya,
Madam Ayuni empunya nama.
Wazien, Umi, Yana, Ruhil, Zati dan Aina,
Sentiasa bersatu sepanjang masa,
Itulah semangat 1Malaysia,
Johor, Kelantan, Perak dan Sabah, semuanya ada.
Orangnya sentiasa sibuk memanjang,
tidak kira siang dan malam,
kiri kanan telefon dipegang,
Inilah Arif punya ragam.
Menolong orang sebagai hobi,
Sanggup meredahi lautan api,
Hidup ini biarlah berbakti,
Itulah Sharimah empunya diri.
Dari Jeli dia ke mari,
Mari dengan seribu erti,
Jangan kacau mek Hayati,
Anak murid kesayangan pensyarah kami.
Loghat Kelantan pekat sekali,
Sebagai bahasa komunikasi harian,
Tak lain, tak bukan,
Nik lah yang dimaksudkan.
Kelas kami umpama keluarga,
Ada adik, ada abang,
Hidup sentiasa aman sentosa,
Azizah adik, Khairul abang.
Agar waktu tidak terbabas,
Pergi ke kelas menaiki bas,
Bas datang dari Kachi,
Hazwani naik setiap hari.
Tampil Ridzuan dengan gagah,
Bersama panah dan sasarannya,
Kalau tak nak kena panah,
Jangan cari pasallah dengan dia.
Kecil saja orangnya,
Syairah lah namanya,
Bila dia mula bersuara,
Pasti terpegun melihatnya.
Jawatan presiden pernah disandang,
Penuh tanggungjawab dan berdedikasi,
Sentiasa merebuat segala peluang,
Itulah dia saudara Bukhari.
Jarang dilihat di dalam kelas,
sekejap ada, sekejap tiada,
Wahai Farhan jangan malas,
Kedatangan sentiasa diambil kira.
IT memang bidang mereka,
Semua ada dalam kepala,
Menjadi rujukan kami semua.
Jaafar dan Huzaini lah orangnya.
Ceria sekali perwatakannya,
tanpa mengira waktu dan masa,
seperti tiada masalah jua,
Hafizahlah gerangannya.
Faizang datang dari Ganu,
Datang untuk menuntut ilmu,
Ilmu apa yang dituntut tu?
Tentulah ilmu dari buku.
Selesailah sudah seloka ini,
Hamba pohon mengundur diri,
Andai ada terguris hati,
Ampun maaf ikhlas dari hati.
Nukilan,
Nur Yazida (2015)
Seloka ini pula dibuat khas untuk rakan-rakan sekelas bagi kursus Pembangunan Laman Web dalam Pendidikan. Semoga penghasilan seloka ini dapat mengeratkan lagi ukhwah kita sesama rakan sekelas dan mampu menjadi kenangan yang dapat di abadi oleh setiap rakan-rakan di dalam kelas ini. Satu hari nanti, kita pasti akan terpisah. Maka dengan membaca seloka ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengimbau kembali kenangan-kenangan yang terbina di dalam kelas ini.
