top of page
Penulis
Hantar Karya
Halwa Telinga
Unknown Track - Unknown Artist
00:00
Istilah Puisi

Za’ba:  Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Menurut beliau juga, terdapat dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.

 

Wordsworth:  Mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang.

 

S.T. Coleridge: Mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.
 

Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi.

 

Tujuan Laman Web Pentas Puisi

Pentas puisi ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi rasa, idea dan minat terhadap bidang pemuisian. Di dalam web ini terdapat dua jenis puisi yang amat diminati oleh penulis iaitu Sajak dan Seloka Kandungan dalam laman web ini adalah hasil ciptaan penulis sendiri, tokoh sasterawan, karya pengunjung dan juga sumber internet. Buat para pengunjung yang ingin berkongsikan hasil karya bolehlah menghantar karya anda di ruangan Hantar Karya.

Hantar Karya

Success! Message received.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Pentas Puisi

bottom of page